See todays world through different eyes.

If you read , you'll judge .

Tuesday, February 7, 2012

Cebisan minda anak liar #4

Mana gerangan bintang berangan ?
Pekik kata menyanyi rompak terang - terangan .
Pulang bertapa 3 tahun aku pinta peperangan .
Realiti musuhku setuju angkat tangan .

Ku khayal , biarkan ku sendiri .
Ku khayal , kenapa mahu sakiti .
Ku khayal , kenapa harus peduli .

Muhd Akmal
(Kalau masih khayal , bangun )


Sunday, February 5, 2012

Cebisan minda anak liar #3

It's a cruel world out there and it's full of lies .
But if I kiss you where it sore , will you feel better ?


Muhd Akmal
-The world is full with ugliness , how do we survive it without becoming ugly ?

Monday, January 16, 2012

Cebisan minda anak liar #2

Kebelakangan ni , aku rasa aku ni buta .
Aku buta yang mana satu kawan yang mana satu lawan .
Tapi mungkin tak perlu cakap banyak .

Aku boleh larikan minda dari memikirkan kisah luka ,
itu bukan lemah .
Itu cara yang hanya sesetengah orang buat untuk mengelak hati dari terus busuk ,
dek nanah-nanah luka yang pernah terhiris dihiris tajam suatu ketika dulu .

Terima kasih seteru bersekutu , keranamu aku bertambah mutu .

Muhd Akmal
(Sombong ? Berani cubalah .)

Monday, January 9, 2012

Cebisan minda anak liar #1

Kau tahu apa maknanya cinta , sayang dan rindu ?
Kau tahu apa maknanya teman , kawan , sahabat ?
Terangkan pada aku .
Kerana aku hampir tak faham semuanya .
Belum terlambat rasanya untuk aku tahu .

Muhd Akmal
(IniHatiFreak)

Sunday, December 18, 2011

Catatan Makan Kawan .

Aku tak kisah sangat
bila daging aku
dimamah-mamah
disiat-siat
sebab
aku pun ada
menikmati daging kamu
bila kamu tiada
dan aku tak tahu bila semua haram jadah ini akan berakhir
jelas
aku dan kau bukan manusia sempurna .

Muhd Akmal
(Masih macam dulu)

Saturday, August 6, 2011

Catatan Sang Ramona

Dia juga menjalani waktu-waktu sukar .
Dan dia masih lagi bergelut dengan beberapa daripadanya .
Walaubagaimanapun,melainkan jika kau kenal dia ,
Jika kau lihat dia , kau mungkin tak tahu ,
Dia sentiasa senyum dan sentiasa cuba berseronok dalam menyelesaikan kekalutannya.
Dan dia tidak pernah sesekali biarkan kekalutan itu memamah dirinya .

Catatan wanita merdeka dan berdikari .
Hidup atas nama sendiri dan tidak terlalu bergantung pada orang lain .
Heh ? . .
Ada ke wanita macam ni ?
Dimana nak cari dia ?


Akmal Lawliet
(Writer of the old code)

Monday, August 1, 2011

Balada anak jantan.

Bila kita memerlukan sesorang untuk bercakap, mana semua orang pergi hah?.

Mana semua orang?.

Bukan tak ada orang, tapi kau kena ingat, masa orang perlukan kau mana kau pergi?.

Ya tak ya juga kan?.

Semua perkara akan datang balik kepada kita. Bila kita ludah ke langit ia jatuh ke atas muka sendiri. Tapi seperti biasa, aku masih percaya, hidup dan mati hanya seorang diri tak ada yang lebih dari itu.

Aku tanya,

Kalau tak ada orang nak bercakap dengan kau, habis kau nak cakap dengan siapa?. Siapa yang kau nak ceritakan semua perkara?. Siapa kau nak mengadu tentang hidup yang haru biru tentang bahagia senang indah?.

Tuhan ada.


Akmal Lawliet
Ps : Penulisan yang jadi pegangan hingga hari ini . Bukan aku yang tulis tapi korang patut baca .
Credit Iamstardust