See todays world through different eyes.

If you read , you'll judge .

Monday, June 20, 2011

KeranaKauPerempuanDanAkuLelaki



mungkin
aku malu .

aku telah membuka rahsia aku, memberi mereka sedikit cahaya dan ruang .
melihat jika ianya berbaloi disuarakan .
tapi kalau aku tak cuba , sampai bila pun aku takkan tahu .
mungkin ini haluan lelaki .

mungkin aku takut .
aku terjun dari tebing yang tak pernah aku lihat isi dasarnya .
yang akibatnya tak pernah aku fikirkan .
tapi kalau aku tak cuba , sampai bila pun aku takkan tahu .
mungkin ini haluan lelaki .

mungkin aku sakit .
jatuh dipijak dugaan dunia dan beban yang tak bisa aku tanggungi .
mungkin ini cara lelaki , punyai mimpi yang tak akan pernah perempuan fahami .
dan jika aku lari dari kesakitan ini , sampai bila-bila pun takkan aku fahami .
mungkin ini haluan lelaki .

jika kau bertanyakan mengapa ego ku begitu ,
aku harap kau fahami ,
aku mendukung rasa malu , takut , dan kesakitan ini .
meneruskan perjalanan di landasan asing ini dimana ,
kalau aku tak cuba , sampai bila-bila pun aku tak tahu .

Sometimes,a man gotta go his own way.

Akmal Lawliet
(DifferentPathSameDestination)

2 comments:

  1. gua hargai lu type dgn jari..nice yaww..

    ReplyDelete
  2. otak buat tekan tubi dan type guna jari..
    thanks sudi baca.

    ReplyDelete