See todays world through different eyes.

If you read , you'll judge .

Monday, November 19, 2012

Cebisan minda anak liar #72

Kau pupuklah api kebencian tu ,
percayalah cakap aku ,
kesakitan itu takkan hilang dengan cara kau lunaskan dendam tu ,
sebaliknya ia akan bercambah dan merebak .

Dan ianya tak memuaskan .
Sehinggalah kau mencari dendam yang lain , terus mencari , dan terus mencari ,
hinggalah pada suatu pagi kau terbangun dari tidur dan sedar yang kebencian dah azali dan sebati dalam hidup kau .

Ceritanya tak berakhir disitu ,
Kebencian tersebut akan menarik kau dalam sebuah ruang dimensi infiniti yang dipanggil kekosongan .
Percayalah cakap aku , ianya sunyi .
Percayalah cakap aku , apabila ditahap itu , diri sendiri pun susah kau nak maafkan .

Dan sampai sekarang aku masih terperangkap dalam ruang tu ,
jadi sebelum terlewat , jangan biarkan kebencian tu bunuh hati kau .
Jangan .

Muhd Akmal
Semua orang dilahirkan istimewa , kenapa keistimewaan itu mahu disadur dengan benci ?

No comments:

Post a Comment