See todays world through different eyes.

If you read , you'll judge .

Monday, April 9, 2012

Cebisan minda anak liar #24

Kau kata puisi - puisi ini puisi sampah masyarakat .
Kau kata ianya tidak indah .
Kau kata ianya hanya cebisan - cebisan hidup kotor .
Kau kata lagi ianya tidak mempunyai nilai - nilai estatika .
Kau kata ianya hanya luahan perasaan anak -anak liar yang hidup di tepi jalan .
Kemudian kau kata ianya hanya cerita yang tidak akan dibaca kerana konsepnya keji dan hina .
Kau kata ideologinya hitam dan gelap . Tiada masa depan .

Namun ,

Kau enggan mengaku yang kau hidup dalam sebuah ketentuan yang dikawal oleh anjing - anjing korporat yang menaburkan wang - wang najis yang mereka kutip dari hasil penipuan mereka.
Kau enggan mengaku yang prinsip hidup kau mampu dibeli dengan kemewahan yang mereka tawarkan .
Kau enggan mengaku yang puisi -puisi liar ini membuka fikiran kau yang ideologinya lebih jujur dan relevan .
Kau enggan mengaku yang apa yang ditulis oleh anak liar ini benar .

You're so far gone now , you've been running on empty .

Muhd Akmal
(I'll be just fine with who I am right now)

No comments:

Post a Comment