See todays world through different eyes.

If you read , you'll judge .

Wednesday, April 18, 2012

Cebisan minda anak liar #32

Sebenarnya , aku rasa aku tak layak komen apa2 mengenai video yang memalukan bangsa sendiri tu .
Tapi ada yang minta pendapat , jadi inilah pandangan jujur aku sebagai anarki anak liar .

Jadi mahu mansuhkan pinjaman wang pelajar yang diberi oleh kerajaan ya ?
Persoalannya , kenapa ambil kalau tidak mahu bayar ?
Belanja awek guna duit pinjaman , lepas tu mengamuk tak mahu bayar .
Kalau anda kata anda ada hak untuk melanjutkan pelajaran , anda betul .
Tapi bayar la sendiri , buat apa pinjam ?
Jujur cakap , macam dah kenyang makan namun enggan bayar .
Masa orang tu sua duit laju je anda ambil , lepas tu mengamuk buat demonstrasi tak mau bayar .
Not fair , mana boleh . .
Sebab Pro akan mentelaah cara menukarkan pinjaman kepada biasiswa .
manakala Noob pula akan buat kerja bodoh .
Senang cerita , orang dah bagi kemudahan belajar , belajar la molek2 ye .

Kepada abang yang berbadan sihat tu , sebelum cakap pasal perlembagaan melayu tu . .
Cuba tengok cermin dan tanya sebagai orang melayu mana budi bahasa anda ?
Orang melayu cam abang tu patutnya dah pupus zaman P Ramlee dulu .
Siapa kata abang bayar cukai abang boleh maki orang suka2 hati ?
Tak sedar ke orang yang abang maki tu bangsa abang sendiri ?

Review nya sedikit sebab malas tengok video bagi habis .
Malu tengok orang melayu buat huru hara negara sendiri .

Muhd Akmal
(Diriku inspirasi bukan untuk menghina)

No comments:

Post a Comment